hello[at]yesgoodpharmacy[dot]com

Sebelum tahun 2024 menutup tirainya, pasti anda perasan akan cuaca yang tidak menentu serta peningkatan demam influenza dikalangan rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini. Farmasi Sitiawan Manjung, Perak atau yang lebih dikenali sebagai Yes Good Pharmacy ini juga mendapat pelbagai pelanggan yang berkunjung untuk mencari ubat-ubatan untuk kesihatan mereka sendiri.

Jadi kali ini, Yes Good Pharmacy kembali dengan artikel yang mengandungi info-info kesihatan kepada para pembaca supaya anda cakna dengan kesihatan anda sendiri.

Tentang Yes Good Pharmacy | Farmasi Lumut Manjung Sitiawan Perak

Farmasi Sitiawan Manjung Perak

Farmasi berdekatan Lumut, Perak ini yang dikenali sebagai Yes Good Pharmacy ini terletak di No. 40 Taman Lumut Indah, 32200 Lumut,Perak. Farmasi ini beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari kepada semua pelanggan dalam memenuhi keperluan peribadi dan kesihatan.

1. Mulut Bersih, Kesihatan Terjaga | Info Kesihatan

Kebersihan mulut adalah sangat penting, lagi-lagi apabila kita mengunakan mulut sebagai satu cara untuk berkomunikasi, iaitu bercakap. Seperti yang kita tahu, kebersihan mulut mampu memberikan keyakinan tinggi kepada individu untuk bergaul dengan orang ramai serta menghindari penyakit berbahaya.

Namun, tidak ramai yang peka tentang cara menjaga kebersihan mulut secara harian. Ia bukan sekadar mengosok gigi sahaja. Kebersihan mulut juga bergantung kepada keadaan lidah dan gusi juga. Pemeriksaan berkala dengan doktor gigi juga disyorkan untuk mengenal pasti sebarang penyakit berkaitan gigi dan gusi.

Dibawah, kami kongsikan beberapa tips kebersihan mulut yang boleh mencegah penyakit berbahaya dan memastikan mulut sentiasa bersih jika diamalkan selalu.

  • Berus gigi sekurang -kurangnya 2 kali sehari terutama selepas makan dan malam sebelum tidur.
  • Minum air kosong 2 liter sehari.
  • Berkumur menggunakan ubat kumur tanpa alkohol.
  • Berus gigi selama 2 hingga 3 minit.
  • Gunakan berus gigi bersaiz  sesuai dengan mulut anda dan ubat gigi berfluorida.
  • Berus lidah selepas selesai memberus gigi. Gunakan pemberus lidah  atau belakang kepala berus gigi untuk membersihkan lidah.
  • Jangan kongsi berus gigi.
  • Kunyah gula – gula getah tanpa gula.
  • Tukar berus gigi sekiranya bulu berus kembang.
  • Gunakan benang flos untuk mencuci di celah – celah gigi anda dan untuk membuang sisa makanan yang melekat di celah gigi.

2. Langkah Pencegahan Hipertensi | Farmasi Lumut Manjung Sitiawan Perak

Di farmasi Lumut Manjung Sitiawan Perak ini atau lebih dikenali sebagai Yes Good Pharmacy, kami sangat menekankan langkah pencegahan hipertensi kepada pelanggan. Ini kerana hipertensi berlaku apabila tekanan di dalam salur darah yang tinggi secara berterusan (sistolik sama dengan atau melebihi 140 mmHg dan/atau diastolik sama dengan atau melebihi 90 mmHg).

Antara tips yang boleh diamalkan dalam mengelak berlakunya hipertensi adalah:

  • Hadkan pengambilan garam.
  • Tidak melebihi satu sudu teh sehari  termasuk garam tersembunyi.
  • Amalkan membaca label makanan.
  • Bandingkan kandungan natrium (sodium) sebelum membeli makanan.
  • Pilih produk lebih rendah sodium.
  • Cari jenama “rendah” atau “lebih rendah” garam pada label.Gunakan pilihan lebih sihat sebagai panduan.
  • Hadkan pengambilan makanan ultra-processed. Contoh makanan ultra-processed ialah mi segera, nugget ayam, burger, hotdog, makanan diawet, snek tinggi garam dan makanan.
  • Utamakan perisa semula jadi.
  • Guna bawang putih, bawang besar, kunyit, halia ,serai ,rempah ratus,dan limau nipis untuk tingkatkan rasa makanan.
  • Kurangkan garam, sos dan penambah rasa (monosodium glutamate, pes sedia guna, kiub dan serbuk perasa) dalam masakan.

Mencari Farmasi Di Sekitar Kawasan Lumut, Perak?

Yes Good Pharmacy yang menumpang tuah bandar Lumut setelah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim pada April 2009 ini telah menjadi farmasi pilihan utama kepada pengunjung yang menghadiri pelbagai aktiviti dari pihak Maritim dan juga penduduk setempat.

Pada saat ini, Yes Good Pharmacy telah memasuki tahun yang ke-12 sejak penubuhannya, dan telah menapakkan diri dalam memberi perkhidmatan yang baik untuk para pelanggan seiring dengan moto “Kembalikan Kesihatan Anda”. Dibawah, kami menyediakan info-info untuk anda yang ingin menghubungi Yes Good Pharmacy jika mempunyai sebarang soalan kesihatan.

Bagi anda yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Yes Good Pharmacy seperti yang tertera.

Website | Facebook | TikTok | Instagram | Shopee