Hipertensi merujuk kepada tekanan di dalam salur darah yang tinggi secara berterusan (sistolik sama dengan atau melebihi 140 mmHg dan/atau diastolik sama dengan atau melebihi 90 mmHg).
Pengambilan garam melebihi saranan merupakan antara faktor risiko utama hipertensi. Purata pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia adalah 7.9 gram bersamaan 1.6 sudu teh sehari (MyCoSS 2019). Jumlah ini melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram atau bersamaan 1 sudu teh sehari.
Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan orang ramai melakukan saringan Kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Berikut merupakan antara langkah pencegahan hipertensi:
Hadkan pengambilan garam
Tidak melebihi satu sudu teh sehari termasuk garam tersembunyi
Amalkan membaca label makanan
Bandingkan kandungan natrium (sodium) sebelum membeli makanan.
Pilih produk lebih rendah sodium
Cari jenama “rendah” atau “lebih rendah” garam pada label. Gunakan pilihan lebih sihat sebagai panduan.
Hadkan pengambilan makanan ultra-processed
Contoh makanan ultra-processed ialah mi segera, nugget ayam, burger, hotdog, makanan diawet, snek tinggi garam dan makanan.
Utamakan perisa semula jadi
Gunalah bawang putih, bawang besar, kunyit, halia, serai, rempah ratus dan limau nipis untuk tingkatkan rasa makanan.
Kurangkan garam, sos dan penambah rasa (monosodium glutamate, pes sedia guna, kiub dan serbuk perasa) dalam masakan
Dibawah, kami menyediakan info-info untuk anda yang ingin menghubungi Yes Good Pharmacy jika mempunya sebarang soalan kesihatan.
- Whatsapp: https://wa.me/601155882082
- Alamat: No. 40 Taman Lumut Indah, 32200 Lumut,Perak.
- Email: Yesgoodpharmacy1@gmail.com
Bagi anda yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Yes Good Pharmacy seperti yang tertera.