hello[at]yesgoodpharmacy[dot]com

Kebersihan mulut yang baik mampu memberikan keyakinan kepada individu untuk bergaul dengan orang ramai dan menghindari daripada penyakit berbahaya.

Salah satu penjagaan kebersihan mulut adalah menggosok gigi, membersihkan lidah, berkumur dan sebagainya. Orang ramai digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan gigi bagi mengesan sebarang penyakit berkaitan gigi dan gusi. 

Oleh itu, orang ramai hendaklah disarankan mengikuti tip kebersihan mulut agar mulut bagi memastikan mulut sentiasa bersih.

  • Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari terutama selepas makan dan malam sebelum tidur
  • Minum air kosong 2 liter sehari
  • Berkumur menggunakan ubat kumur tanpa alkohol
  • Berus gigi selama 2-3 minit 
  • Gunakan berus gigi bersaiz  sesuai dengan mulut anda dan ubat gigi berfluorida
  • Berus lidah selepas selesai memberus gigi. Gunakan pemberus lidah  atau belakang kepala berus gigi untuk membersihkan lidah
  • Jangan kongsi berus gigi
  • Kunyah gula-gula getah tanpa gula
  • Tukar berus gigi sekiranya bulu berus kembang
  • Gunakan benang flos untuk mencuci di celah – celah gigi anda dan untuk membuang sisa makanan yang melekat di celah gigi

Dibawah, kami menyediakan info-info untuk anda yang ingin menghubungi Yes Good Pharmacy jika mempunya sebarang soalan kesihatan.

Bagi anda yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Yes Good Pharmacy seperti yang tertera.

Website | Facebook | TikTok | Instagram | Shopee